Mukaddimah

Assalamualaikum Hd PNG Transparent Background, Free Download #44068 -  FreeIconsPNG

Salam semua, saya Ibnurani. Tujuan saya mewujudkan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan kefahaman saya tentang perkara-perkara yang terkandung di dalam al-Quran yang saya pelajari dengan mengikuti kuliah-kuliah ahli-ahli tafsir di Internet serta melakukan kajian dan pembacaan. Besar harapan saya agar ia dapat menjadi satu ruang diskusi bagi meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Laman ini saya tujukan buat ahli keluarga, saudara-mara, kenalan serta rakan-rakan seperti anda. Agar ia menjadi pesanan buat kita semua dalam kita menghadapi perjalanan kita di dunia ini untuk kembali kepada Allah s.w.t. Semoga pesanan ini menjadi amal jariah buat saya dan keluarga di sepanjang hayat saya dan sesudah kembali saya ke rahmatullah sehingga ke akhirat nanti. Insya-Allah.

Harap maklum, saya bukan Ustadz! Maka jangan ambil pendapat saya di laman ini secara bulat-bulat, tetapi selidiki ia terlebih dahulu sebelum ia diambil dan diyakini. Jika ada keraguan suarakan di sini supaya kita sama-sama dapat mencari jawaban untuk persoalan yang kita hadapi.

Rasululullah pernah bersabda: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”. Maka bersaksilah wahai saudaraku bahawa telah kusampaikan kepadamu melalui lamanku ini.

Ikhlas dari Ibnurani!